5 KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA UTK BAYI ANDA YG ANDA TIDAK SEDAR

5 KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA UTK BAYI ANDA YG ANDA TIDAK SEDAR

Kebaikan minyak kelapa dara untuk bayi comel anda itu!

Adakah ibu bapa tahu kebaikan minyak kelapa dara? Disebabkan tahap asid laurik dan antioksidan yang tinggi, minyak kelapa dara (VCO) dikenali sebagai minyak yang paling sihat.

Minyak menakjubkan ini telah lama digunakan turun-temurun di Asia dan Latin Amerika sebagai remedi untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan.

Antara kebaikan minyak ini ialah merawat masalah pencernaan, masalah kulit, kolesterol tinggi dan juga penurunan berat badan.

Harga minyak kelapa dara juga agak berpatutan dan kini lebih ramai ibu-ibu di seluruh dunia sudah mula menggunakannya sebagai remedi rumah bebas-kimia untuk orang dewasa dan bayi.

Jom tengok apa 5 kebaikan minyak kelapa dara ini untuk bayi anda:


#1 Mengatasi dan merawat ruam lampin

Minyak ini boleh digunakan sebagai ubat ruam lampin semulajadi. Ia melindungi kulit  dan mencegah kerengsaan apabila disapukan di kawasan yang ada ruam.

Selain melembap dan baik untuk kulit yang meradang, antara kebaikan minyak kelapa dara lain termasuklah sifat-sifat penyembuhan yang sesuai untuk ekzema, psoriasis, dan dermatitis.


#2 Menghilangkan cradle cap pada kepala bayi

Virgin coconut oil mempunyai sifat pelembab dan antimikrob yang luar biasa.

Ia tidak hanya melonggarkan lesi berkerak yang tebal pada kulit kepala dan kulit bersisik, tapi memberi khasiat kepada kulit juga!

Cubalah sapukan sedikit minyak ini pada cradle cap anak dan biarkan ia meresap ke dalam kulit selama beberapa minit.

Kulit mati pada kepala anak akan hancur dan tertanggal apabila ibu berus perlahan-lahan atau lap kepala bayi dengan kain lap basah.


#3 Rawat jangkitan kandida atau oral thrush dengan berkesan

Minyak yang sihat ini juga mengandungi agen antikulat, oleh itu ia juga boleh merawat yis yang menyebabkan jangkitan kandida dan oral thrush.

Ibu hanya perlu sapukan sedikit minyak dalam mulut bayi dan puting menyusu. Ia adalah sangat berkesan dan akan memastikan ibu dan bayi bebas jangkitan.


#4 Minyak paling baik untuk kulit bayi

Vitamin E dan minyak kelapa yang mengandungi agen antioksidan tinggi ialahpelembap terbaik. Ia juga sesuai dijadikan minyak urut kerana ia selamat dan mudah diserap oleh kulit bayi.

Kebaikan minyak ini yang paling besar ialah ciri-ciri penyembuhan yang membantu menyembuh dan menyuburkan kulit apabila disapukan dalam jangka masa yang panjang.

Ia juga digunakan sebagai minyak pembawa atau carrier oil untuk ibu-ibu yang menggunakan Minyak Essential (EO).

Biarpun digunakan begitu saja, atau digabungkan dengan sabun organik semasa mandi, hanya sedikit minyak akan memastikan kulit bayi anda sentiasa lembap selama berjam-jam.


#5 Baik untuk pemakanan dan sistem pencernaan bayi

Tahukah anda minyak kelapa dara dan susu ibu mempunyai satu persamaan?

Kedua-duanya kaya dengan asid laurik iaitu asid antimikrobial yang kuat dan berlemak. Ia membantu meningkatkan sistem imun dan pencernaan nutrien bayi.

Jadi apabila bayi anda sudah genap 6 bulan, dan akan mula mengambil makanan pejal, apa kata kalau ibu gantikan minyak masak dengan minyak kelapa dara?

Ataupun ibu-ibu boleh memilih untuk menambahkan minyak kelapa dara begitu saja ke dalam makanan bayi?

Tapi sebelum anda berbuat demikian, pastikan minyak kelapa dara yang dibeli dari kedai adalah organik, tidak ditapis dan tulen.

Jika ibu bapa ternampak minyak kelapa jenis extra virgin, itu adalah pilihan yang lebih baik dan akan memberi anda kebaikan minyak kelapa dara yang sepenuhnya.

Takyah susah-susah cari yang lain..Minyak Kelapa Dara D'Aura kan ada? 100% asli dan lulus KKM,tiada keraguan dan terbukti sejak 2012 lagi!








Older post